|
Selamat Datang ke Takafulonline.net
Segala puji-pujian milik ALLAH subhanahu wata'ala
selayaknya.
Selawat dan salam
buat insan mulia, Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam,
keluarga dan para sahabat baginda radhiALLAHu 'anhum ajma'in.
Seterusnya, doa sejahtera saya panjatkan buat
muslimin-muslimat sekalian.
Hadirnya laman web
takafulonline.net ini bukanlah atas dasar suka-suka dan
sekadar memenuhi trend menyampaikan maklumat di dunia
internet. Tapi, lebih dari itu.
2 matlamat utama
terbitnya laman web ini, iaitu:
-
supaya terbit
kesedaran di kalangan ummat ISLAM (terutamanya) dalam hal
kepentingan mengurus risiko kewangan. Kita agak
ketinggalan dalam kesedaran terhadap kepentingan pengurusan risiko
kewangan, atau dalam bahasa yang mudahnya: berinsurans.
-
supaya ummat
ISLAM beralih ke sistem mu'amalah Islami yang bebas dari
unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip-prinsip syariah
Islamiyyah. Hasilnya, kita bebas dari belenggu DOSA
BESAR iaitu RIBA' yang mana insyaALLAH akan mengeluarkan
kita dari tergolong sebagai ahli-neraka (al-Baqarah ayat
275), berdosa & tiada barakah (al-Baqarah 276) dan ancaman
perang dari ALLAH & RasulNYA (al-Baqarah 279).
Saudara-saudaraku
semuslim,
Hiduplah dalam
keadaan yang sentiasa diberkati ALLAH. Carilah harta
dan teruskan usaha kerana ia adalah suatu yang harus di
dalam ISLAM. Namun, berhati-hatilah agar kita tidak
menjerumuskan diri ke dalam murka ALLAH.
Tiada kebaikan
dan keuntungan pada harta yang dimurkai ALLAH. Bukan
sahaja di dunia barakah tiada, malah sesalan tiada
berkesudahan bakal menanti di negeri akhirat nanti!
Sungguh rugi...!
Rasulullah
sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Seorang anak
Adam sebelum menggerakkan kakinya pada hari kiamat akan
ditanya tentang lima perkara:
-
Tentang
umurnya, untuk apa dihabiskannya;
-
Tentang masa
mudanya, apa yang telah dilakukannya;
-
Tentang
hartanya, dari sumber mana dia peroleh dan
-
dalam hal
apa dia membelanjakannya;
-
dan tentang
ilmunya, mana yang dia amalkan."
(HR. Ahmad)
Jalanilah kehidupan
yang sementara ini dengan cara yang diredhai ALLAH.
Akhir kata, mudah-mudahan usaha yang sedikit ini bakal
memberi manfaat buat tuan/puan. Dan semoga usaha ini
ada ganjaran di sisiNYA, amin...
Ukhwah fillah,
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Perunding Takaful IKHLAS Sdn Bhd
☺ 019 - 382 6408
☺
shahmuzir@takafulonline.net
|