|
|
|
|
|
Berikut adalah soalan-soalan
yang sering dikemukakan oleh orang-ramai berkaitan Takaful:
1. Apakah maksud
TAKAFUL?
Takaful mengikut definisinya ialah
pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan
tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama
lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa
malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak
telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai
bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk
kepentingan bersama. Skim Takaful berasaskan sistem
perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep
saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling
bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini
menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem
takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan
insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam
Islam. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir
daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati
kehidupan berdasarkan perundangan Islam.
Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang
dipelopori oleh 'Mujaddid' Islam (reformist) di abad ke
sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan
bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan dan
prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan 'munakahat'
(perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup yang
lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan
transaksi perniagaaan.
Konsep insurans konvensional masih belum mendapat
persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada ianya
adalah halal ataupun haram. Memandangkan insurans
konvensional yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa
zaman Nabi Muhammad S.A.W. 'ijtihad' digunakan untuk
menentukan samada insurans adalah halal atau sebaliknya.
Di kalangan ulama yang mengatakan insurans itu haram,
terdapat percanggahan pendapat di antara mereka mengenai
sebab-sebab mengapa insurans itu haram.
2. Apakah
perbahasan para ulama yang mengatakan bahawa insurans itu
halal?
Para ulamak yang berpendapat bahawa
insurans adalah dibenarkan (halal) berkata insurans
adalah kontrak moden dan tiada nas mengenainya.
Sekiranya tiada nas, ianya adalah sesuatu yang
diharuskan (mubah). Perbahasan mereka adalah berdasarkan
kepada kaedah Fiqah bahawa Kedudukan perundangan yang
asal mengenai sesuatu perkara adalah dibenarkan sehingga
terdapat bukti yang menegahnya. Kaedah Fiqah ini adalah
berasaskan Al-Quran dan ayat yang berkaitan adalah
seperti berikut:-
"Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu,
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai
rahmat pemberian) daripadaNya; (Surah al-Jathiyah : 13)
Para ulamak ini juga mendakwa bahawa insurans adalah
kontrak yang membawa kepada
maslahah' (kepentingan awam) kepada peserta (insured).
Tanpa insurans misalnya, keluarga terdekat seseorang
akan menanggung beban penderitaan yang teramat sangat
selepas kematiannya, Para ulama turut menambah bahawa
adat dan kebiasaan (uruf) menjadi asas kepada amalan
insurans.
3. Mengapa insurans
konvensional diharamkan?
Mengikut Syariah Kontrak Insurans
komersial konvensional adalah diharamkan atas
sebab-sebab berikut:-
[a] Gharar
''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud
ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak
"gharar" ditafsirkan sebagai kontrak di mana hasilnya
tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu dari
kemungkinannya di mana kejadian yang kerap berlaku
adalah yang lebih dikhuatiri. Kontrak insurans
konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta
membayar harga (premium) dan penyedia insurans
menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen
gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu
jual-beli adalah dibenarkan.
Ayat Quran yang bermaksud:-
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang
salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di
antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri". (an-nisa':29)
Walau bagaimanapun "barang" (subject matter) di dalam
kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran
kerana adalah tidak logik untuk mengatakan yang
seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia
tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah
dikenalpasti oleh ulamak kita. Antaranya:-
i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia
insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak
tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan
mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada
premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia
insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran
daripada kontrak tersebut.
ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak
mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung
kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin
berlaku.
iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Bila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans
atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak.
Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan
hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar.
Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu
berapa banyakkah premium yang akan mereka terima.
Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium
hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu
melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.
iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak
ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika
tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi
yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional
di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang
tidak diketahui.
[b] Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab
yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional
dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana,
pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika
bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian.
Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang
sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana
sumbernya tidak ditentukan.
[c] Riba
'Riba' diambil dari perkataan Arab yang
bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang
melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di
kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang
dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat
bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran
lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut
sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran
barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan
di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi
yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas
untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum,
barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk
garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan
persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan
perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi
pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan
perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah
di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans
dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini
mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional
memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan
mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi
sebagai riba.
4. Apakah
perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional?

6. Apakah
keindahan Takaful?
Keindahan sistem ini ialah peserta
boleh mendapat manfaat dua bentuk- pertama, keuntungan
dari segi kewangan melalui skim perlindungan dan
mudharabah dan kedua, "manfaat" dari segi rohaniah di
mana para pemegang sijil dapat memenuhi tanggungjawab
yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui
kaedah tabarru' yang akan diberikan kepada mereka yang
menderita kehilangan sesuatu dan ditimpa malapetaka.
Istimewanya sistem Takaful ini juga kerana ia tidak
hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja malah sesuai
dimanfaatkan juga kepada semua golongan masyarakat dan
terbuka penyertaannya kepada semua pemegang sijil, tanpa
mengira pegangan agama dan kepercayaan mereka.
7. Apakah
itu Al-Wakalah?
Al-Wakalah merupakan kontrak di mana
peserta membenarkan pengendali untuk menguruskan
hal-ehwal dana bagi pihak beliau . Menerusi kontrak ini,
Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan untuk
urusan ini , dan ianya diambil daripada Dana Akaun
Ta'awuni (TAP).
(Dipetik dari laman web rasmi Takaful IKHLAS Sdn Bhd) |
|
|
|
|